Semua manusia di muka bumi ini pasti mempunyai pengalaman yang tersendiri samada yang manis, pahit, gembira atau sedih. Malah, sama seperti manusia-manusia yang lain, saya juga mempunyai satu pengalaman yang pahit yang berlaku pada diri saya tahun lepas.
Tahun lepas adalah tahun yang paling penting dan mencabar bagi saya kerana saya akan menduduki peperiksaan 'GCE' Peringkat 'N' beberapa bulan yang akan datang. Sepanjang tahun tersebut, saya tidak membuat persiapan apa-apa tentang kehadiran peperiksaan 'GCE' Peringkat 'N' kerana saya cukup sibuk sekali menyiapkan satu projek yang harus dihantar dahulu.
Semasa menyiapkan projek saya itu, saya juga memikirkan tentang peperiksaan 'GCE' Peringkat 'N' saya yang akan bermula tidak lama lagi. Perasaan kebimbangan sering menghantui fikiran saya setiap kali saya memandang berapa hari lagi peperiksaan 'GCE' Peringkat 'N' akan bermula.
Selepas sahaja saya menghabiskan dan menamatkan projek saya dalam bulan awal ogos, saya memutuskan untuk mengorbankan masa, tenaga dan lapang saya mengulangkaji pelajaran saya. Walaupun masa sudah suntuk sekali, saya sudah bertekad untuk belajar dan mengulangkaji pelajaran saya untuk peperiksaan 'GCE' Peringkat 'N' yang akan bermula pada bulan sembilan.
Dalam masa yang sama, saya mempunyai tekanan dan kesukaran untuk mengulangkaji pelajaran saya. Tekanan kerana terdapat banyak perkara yang harus dihafal dan diingat. Kesukaran kerana saya tidak memahami konsep pelajaran saya itu dan ini membuatkan saya untuk berjumpa dengan guru subjek saya secara peribadi.
Dalam beberapa bulan yang genting itu, saya bercadang untuk berjumpa dengan guru subjek saya seperti matematik, sains dan geografi secara peribadi. Kami berjumpa dua atau tiga kali dalam seminggu. Saya bertanyakan semua masalah yang saya hadapi dalam subjek tersebut dan mereka akan menerangkan kepada saya secara terperinci sekali.
Begitu susah sekali bagi saya untuk memahami konsep dan penerangan mereka kerana saya terdiri daripada pelajar yang lambat untuk menangkap pengajaran mereka. Kadangkala, saya menangis keseorangan diri kerana saya tidak dapat mengawasi tekanan saya dalam terus membebani kehidupan saya.
Itulah peristiwa yang pahit seperti kebimbangan, tekanan, pengorbanan dan juga kesuntukkan masa yang berlaku pada diri saya sewaktu saya menyiapkan diri saya untuk menduduki peperiksaan 'GCE' Peringkat 'N' saya. Pengalaman yang pahit ini telah mengajar saya erti sebenar kehidupan pelajar menengah yang seharusnya menjadi seorang pelajar yang berpegang teguh kepada tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar yang berdisiplin.
Wal Bil Taufiq Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullah Hi Wabarakatuh
Amin Ya Rabbana Alamin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment