Monday, October 1, 2007

Ciri-Ciri Yang Harus Ada Pada Guru Idaman Saya

Setiap pelajar di sekolah pasti mempunyai guru idaman mereka masing-masing. Sudah pasti bahawa dengan adanya guru idaman mereka masing-masing, mereka dapat sumber inspirasi untuk mengikut jejak langkah dan perangai mereka itu. Bukan sahaja mereka berpendapat sedemikian, malah saya juga berkongsi sama sependapat dengan mereka itu. Saya juga mempunyai guru idaman saya yang tersendiri. Saya dapat menafikan bahawa setiap guru idaman saya itu akan memberi kesan positif bagi kehidupan seharian saya. Tanpa mereka, mungkin kehidupan saya akan terserong ke alam yang mungkar.

Guru idaman saya mempunyai beberapa ciri-ciri yang positif. Ciri-ciri yang harus ada pada guru idaman saya itu termasuk lemah-lembut, rajin, bertanggungjawab dan baik hati.

Guru idaman saya seharusnya mempunyai pertama, sifat yang lemah-lembut. Ini kerana saya amat tidak gemar sekali akan guru yang amat garang kerana mereka sering meninggikan suara mereka itu dan apabila mereka sedang naik angin, mereka pasti akan berceloteh panjang lebar seperti nenek tua. Ini membuatkan saya tidak selesa akan sifatnya itu. Sebaliknya, saya amat menyukai jikalau mereka mempunyai sifat yang lemah-lembut. Ini kerana mereka akan menyampaikan pengajaran mereka dengan sopan-santun sekali sehinggakan pada suatu hari, saya amat tertarik sekali dengan cara mereka menyampaikan pengajaran mereka itu. Contoh-contohnya itu termasuk apabila mereka menyampaikan pengajaran mereka itu, timbullah perasaan gembira dan tertarik di dalam lubuk hati saya kerana sifatnya yang lemah-lembut itu yang membuatkan saya memahami akan pengajarannya itu.

Kedua, mereka juga harus mempunyai sifat yang rajin di dalam diri mereka itu. Ini kerana mereka seharusnya membuat persiapan mereka itu sebelum mereka mengajar dengan menyiapkan jadual pengajaran mereka itu sebelum mereka memasuki ke kelas.
Bukan itu sahaja, mereka juga seharusnya menyiapkan dan memberikan kertas kerja untuk murid-muridnya itu. Sebagai seorang guru, mereka amat wajib sekali untuk melakukan itu semua kerana perkara itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab mereka sebagai guru. Contoh-contohnya itu termasuk apabila murid-muridnya sedang khusyuk mendengar penerangan dan penjelasan guru itu, mereka boleh mengedarkan nota-nota yang mereka telah sediakan lebih awal lagi kepada murid-muridnya itu. Dengan cara itu, murid-muridnya dapat memahami lebih mendalam dan lanjut lagi apabila guru itu membuat penerangan dan penjelasan kepada mereka itu.

Ketiga, mereka juga harus mempunyai sifat bertanggungjawab di dalam diri mereka itu. Ini kerana sebagai guru yang amat prihatin kepada murid-muridnya itu, mereka seharusnya bertanggungjawab terhadap keselamatan dan perangai terhadap setiap individu murid-muridnya itu. Keprihatinan mereka itu juga terletak di tangan murid-muridnya itu kerana mereka berjumpa mereka hampir setiap masa dan setiap hari. Justeru itu, mereka banyak meluangkan masa mereka dengan murid-muridnya itu daripada ibu bapa mereka. Contoh-contohnya itu termasuk apabila murid-muridnya tidak hadir pada hari tersebut di sekolah, itu adalah tanggungjawab seorang guru untuk menghubungi murid-muridnya itu dan bertanyakan tentang tidak hadir ke sekolah pada hari tersebut.

Keempat, mereka juga harus mempunyai sifat baik hati. Ini kerana pada anggapan saya, mereka juga memainkan peranan sebagai kawan kita kerana mereka sudi meluangkan masa mereka mendengar kesedihan dan luahan isi hati murid-muridnya itu. Merka juga tidak berasa bosan mendengar luahan isi hati mereka itu kerana mereka mengetahui bahawa murid-muridnya memerlukan seseorang untuk memberikan dan membangkitkan semangat mereka itu untuk terus yakin akan dirinya itu. Contoh-contohnya itu termasuk apabila murid-muridnya hilang semangat akan pelajarannya itu atau mereka berasa hiba dengan masalah yang sedang membelenggu di dalam otak fikiran yang kusutnya itu. Justeru itu, mereka dapat meluangkan masa mereka berbual-bual dengan murid-muridnya itu supaya mereka dapat mewujudkan lagi semangat untuk terus berjuang di dalam kehidupan mereka itu. Mereka juga boleh memberikan kata kata hikmah dan nasihat tentang masalah mereka itu.

Kesimpulannya, terdapat empat ciri-ciri yang positif yang sudah dinyatakan dan dijelaskan bagi guru idaman saya. Walaupun amat susah bagi saya untuk melihat empat ciri-ciri positif di dalam guru-guru di zaman sekarang, malah saya amat sekali menitikberatkan perkara ini kerana ia dapat memberi kesan yang positif di dalam kehidupan saya dan mereka adalah segolongan orang yang amat tercontoh sekali di dalam dunia ini. Sudah pasti, saya juga harus menjadi seperti mereka sebagai suatu teladan bagi kehidupan dalam diri saya itu.

No comments: