Assalamualaikum Warahmatullah Hi Wabarakatuh
Salam sejahtera kepada pembaca yang telah mengenali diri saya. Terlebih dahulu,saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pembaca kerana sudi membaca blog saya ini.Bagi mereka yang masih tidak dapat mengenali diri saya, saya akan mengambil kesempatan ini untuk menerangkan lebih mendalam lagi tentang diri, kehidupan, impian dan matlamat saya di dalam diri saya ini.
Nama penuh saya ialah Nur Fadhilah Bte Azman. Dalam bahasa jawi nama saya bermakna cahaya kebaikan. Terlintas dalam minda saya bahawa nama saya ini amat sesuai sekali dengan ciri-ciri yang ada pada diri saya ini. Ini kerana ramai orang yang mengatakan bahawa saya ini adalah baik orangnya. Saya akan tertanya-tanya akan persoalan itu 'adakah saya ini baik orangnya?'. Bukan itu sahaja, ciri-ciri yang ada pada diri saya ialah saya ini seorang yang pendiam orangnya, tidak banyak bercakap, rajin, bertanggungjawab, sensitif.
Kehidupan saya semestinya mempunyai air pasang yang bergelora apabila kadangkala saya telah melanda berbagai-bagai ujian Allah SWT seperti keruntuhan masalah keluarga, masalah alam persekolahan.Tetapi, itu sudah menjadi kelaziman saya untuk terus menempuh kehidupan saya dengan penuh kesabaran. Saya sentiasa berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT agar saya tidak dibebani dengan adanya pelbagai masalah yang sering dibelenggu di dalam otak fikiran saya itu.
Impian di dalam kehidupan saya ialah selepas saya lulus dalam 'GCE' Peringkat 'O' saya, saya berharap agar saya akan meneruskan alam persekolahan saya di Politeknik Ngee Ann dalam jurusan pendidikan awal kanak-kanak. Saya amat dan menyukai jurusan tersebut kerana saya amat sekali berminat kanak-kanak.
Matlamat di dalam kehidupan saya ialah selepas saya menamatkan alam persekolahan di Politeknik Ngee Ann selama tiga tahun, saya bercita-cita ingin berkerja sebagai guru tadika di masjid setempat atau di pusat jagaan kanak-kanak. Itulah harapan-harapan saya di dalam kehidupan saya ini. Semoga pembaca-pembaca sekalian telah dapat mengenal lebih mendalam lagi tentang diri saya ini.
Wal Bil Taufik Walhidayah Wasalamualaikum Warahmatullah Hi Wabarakatuh
Amin Ya Rabana Alamin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment